Saturday, 21 March 2015

What if Malaikat Maut Datang Menjemput?!

What if Malaikat Maut Datang Menjemput?!

So I saw Adah post her photo on instagram about her friend from secondary school yang baru terlibat dengan kemalangan. she gets to talk to her friend asking her what she felt when she realised that she just got involved in an accident. one of things she mentioned was ....."rasa macam malaikat maut dah nak tarik nyawa". wallahualam how exactly it feels like tapi of kos la kan dah baru sedar kemalangan and rasa sakit yg teramat sangat sampai 

Throwback Weekend Getaway to Pagheeess (PARIS :P)

Day 1
·      Tiket silap beli nasib baik tak dak org check. Byk kali silap
·      Delay agak lama sebab jalan ais dok tunggu nak traffic tk leh
·      Konpius nak beli tiket mana ada dua lelaki depa pon x tau.
·      Vandalism penoh! Zone one station pon buruk
·      My first impression was apa yang ada dengan paris and sangat kotor  especially train station yang sangat kotor train yang berhabuk teruk menunjukkan betapa government dia berjimat tp sebenaqnya Bandar dia tak dak la teruk mana.
·      Tapi bila dekat Eiffel tower tu banyak polis askar yang memang pegang senapang mungkin after kejadian Charlie hebdo.
·      Sampai kt Eiffel, snowing!!! Excited. Nak lintas susah x sure
·      Straight pergi hotel. Tpi sesat sat nasib jumpak balik.
·      Upgrade 2 bilik. Makan megi. Keluaq
·      Kt Eiffel hujan ramai dok kejaq suruh beli keychain
·      Naik cruise beli 2 hari teruih sekali lembab gk kapai tu.

Day 2
·      Harini bermula dengan batobus pergi ke louvre. Lambat gerak so tertinggai train yang awai terpaksa tunggu setengah jam kemudian.
·      Dah sampai musee d orsay jalan pergi lourve. Aku dok pelik mcm mana boleh ada muzium kt tiga segi kaca tu rupanya naik escalator turun bawah.
·      Takyah bayaq tiket sebab kami ada visa. Masuk free.
·      Cari gambaq Mariam dgn Nabi Isa tapi tulisan mcm tk utk org tk dak ilmu.
·      Jalan pergi fudorama makan buffet yg agak gagal. Lebih kpd mkn kenduri rmh terbuka org.
·      Jalan pergi opera house, Palais Garnier sebab nak tgok opera nak gain experience. Sekali tak dak show pon.
·      Pergi notre dame naik metro. Scary gila metro dia. Dah la dlm tk dak lampu vandalisme penuh. Masuk tube plak hannan jatuh pasai train gerak laju kemain habih aku dgn hani pon jatuh jugak. Kena makcik France dia mcm bengang.
·      Sampai notre dame ada org remaja pompuan sambil kunyah chewing gum mai mintak sign apa tk tau dgn cara kurang hajaq. Nak mintak mintak la elok2
·      Tk masuk pons sbb lebih kpd mcm depa nak p semyang so p jalan tgok souvenir
·      Jumpak kedai org kemboja. Dok berbahasa manis everything off 10% utk kami. Dok ingat dia baik sbb kita org asia sekali esok punya kedia yg kami p tu actually lagi murahhhh! Haish bengang la rasa.
·      Balik naik boat sekali last stop dia cuma muse d orsay tu so kena figure out mcm mana nak balik hotel.
·      Naik RER pergi Eiffel. Heran kat station tk dak org pon padahal baru pukui 8 mlm time tu.
·      Kat Eiffel berlakon sbb nak cari keychain murah. Negotiate bagai last2 dpt la beli beberapa. Malas dah nak pikiaq. Kira nak balik tidoq ja time tu.

Day 3 (last day)
·      Disebabkan letih malam tu  maka aku bangon lambat. Nasib baik google maps tunjuk nak p arc de triomph tu cuma 20 minit jalan kaki.
·      Kedai apa pon tak bukak lagi. Jalan p tengok yg depa kata menghadap kiblat tu but deep down inside I have to admit tht I doubt it a bit. Even in a straight line with louver, it dosnt realy pointing towards kaaba I think. Wallahualam. Mungkin org yg cakap ada pengetahuan yg lebih mendalam.
·      We rushed back to our apartment and check out and then started our journey back to the airport.
·      Me and adah stopped by at the notre dame station to buy few keychains and fridge magnets. Kat situ baru tau la ada baju yang lagi murah. Haish kecewa sangat. Takpa la nak buat cemana.
·      Kami pon tiba di heathrow and send off hannan naik MAS utk pulang ke tanah air. Sob sob sedih ja tgok org dok pakat beratuq check in flight kat kaunter Malaysia airlines tu.


SEKIAN

Monday, 9 February 2015

Thoughts That Came Across After Maghrib Prayer

Assalamualaikum

I just thought of writing this but not expecting anyone to read it. But if you (yes you!) happen to come across this post please take the message with you. This worldly life is indeed temporary and has been made to test us whether we deserve "Syurga Allah" or not. 

I just had my practical for ELISA immunoassay today (if you have enquiries regarding the BASIC protocol do email me. I'm happy to help. tiba! LOL). So during the practical I was having a hard time figuring out the control sample composition that I should use. Rasa nak nangis! stress pikiaq. On the way back to my home, deeply in my mind I was thinking, susahnya belajar! susahnya hidup! susahnya! even after my Maghrib prayer, I was sitting on the praying mat, with the same thought. Again Ya Allah, susahnya hidup ni. dakwah tu kan wajib bagi umat Islam kan. mcm mana nak sampaikan dakwah?!! mcm mana tak nak buat dosa?!! macam mana nak buat semua benda kerana Allah?! I find it difficult?! 

But then a thought came across my mind.....HABES KO INGAT SYURGA ALLAH TU MURAH KE NILAINYA?! ingat senang2 boleh masuk then berbahagia la selama lama lamanya. no difficulties at all, no sadness?! cukupkah ibadah kita utk deserve all tht happiness?! So we as Muslims, whenever we wake up in the morning, just bare in mind that you need to make that day 'COUNT'! bersusah payah as much as you can dalam mencari redhaNya, beribadah la sebanyak mungkin. biar letih pon takpa because just remember dekat syurga nanti rehatla sepuas puasnya. 

ha habeh takat tu lepastu terpikiaq pasai perempuan yg tidak menutup aurat secara sempurna (I am also improving myself dont worry).

banyak tengok gmbar member esp from sekolah lama, pakai selipar, tudung selepang selamba, sinting  lengan lek ja. I am not excatly sure what is in their mind (unless la kalau aku pernah g interview sorang2) that makes them tak ambik berat tentang aurat sendiri. but in my opinion for those yang dah pernah terima ajaran on how to dress properly according to islam, they just want to rasa ....sempoi I guess. baru la org tk ckp minah ni bajet alim la. "aku perempuan sempoi, biasa2 ja" or maybe they are just being influenced by people surrounding them. bila tgok org sekeliling, syaitan mungkin dtg menggoda ckp "cantik kan kalau pakai cmtu" so mereka pon terikut. I dont know! you tell me. kenapa susah nak pakai stokin dan kenapa lagi susah to just even melabuhkan tudung bawah dada seperti kehendak syariat?? tell me! 

Saturday, 3 January 2015

Switzerland Exploration


Day 1

Harini bermula dengan menaiki flight ke Geneva. Disebabkan flight pukul 7 macam besalah kami tidoq dkt multifaith room airport. Sampai ja kat Geneva dah nampak dah pergunungan dengan snow cap. Pastu tu keluar airport teruis pergi World Office of United Nation. Kitorang tanya kaunter je cemana nak pergi sebab Lycamobile buat taik tak dek internet cuma boleh kol dgn mesej.

Kitorang naik bas bila dah sampai bus stop kitorang turun nak lintas jalan tengok belah kanan asyik tak dek kereta, rupanya diorang terbalik daa. Patot tengok kiri. Stereng driver depa dekat belah kiri haish. Pastu kitaorang pergi la office tu. Pergh mmg jauh gila dari expectation. Haha macam bodoh2 ja office dia. Tiang bendera banyak yang tk boleh masuk pon sebab pagar berkunci then belakang tu ada bangunan kuning cayaq and tht’s it. Ada satu broken chair yang besaq je dekat seberang. Pastu apa lagi dah ada dekat office United Nation kami buat video merapu majalah 3 satu haha.

Then, terus naik tram untuk pergi fountain tu. Dah sampai dekat kawasan fountain tu dok berjalan tanpa hala tuju kami decide p ambek ayaq semayang sorang2 bergilir. So yang lain tunggu dekat nearest park. Elok semua dah settle nak gerak gi train station, tiba ada satu pakcik nama apa tah x ingat datang tegur. Dia tak reti cakap English la dan kitorang x reti cakap france. Tapi pakcik tu gigih la nak jugak bersembang dengan kami even berlainan bahasa komunikasi. Surprisingly both side were trying to understand each other and mmg kitorang berjaya sembang sikit2 haha. Then pakcik tu mintak email untuk berhubung di masa hadapan haha comel sangat la pakcik.

Dah babai babai kitorang terus gerak gi train station. Nak gi Lidl tpi tutop pastu pergi kedai runcit nak cari mangkuk x dek cuma ada meggi cup tomyam yg berharga CHF3.90 bapak arh tk biasa mahal uk semua murah. Colgate yang 1pound tu harga CHF6.90. x beli apa dah lps tu terus gerak train station nak pergi Interlaken Ost. Gi terus tanya kat kaunter kak caq tu pon bagi information train bagai kami pon pergi naik train seperti yg diperkatakan.

Dah naik train tu aku dengar la station2 yang dia nak stop, aku dengar Laussane tapi tak dengar langsong perkataan Bern. Tapi disebabkan information train tu dapat drpd kak caq jaga kaunter maka kami pon percaya bulat2 dan ikot ja la. Sekali mmg dah sampai mana hala, aku rasa x sedap hati sbb mmg ikot map train tu takkan tembuih ikot Bern, maka kami tanya sorang chinese looking ladies and she said yeap we got on the wrong train. Cepat2 la kami turun on the next station

Day 2

So the second day started with brekky brekky!! I saw some kind of like granola? Granuola? Whateva it is but it does look good! Sekali rasa macam makan nyioq bag hang that I decided to get cornflakes for tomorrow morning right away padahal hari kedua baru sahaja bermula. Okee dah tangkap gambar ootd dengan amalina dah habes tangkap gambar bagai, so we started our journey to Lauterbrunnen by train form Interlaken Ost. Sejam sekali ja train rupanya maka kenalah tunggu about 40 mins jugak nasib baik perjalanan by train tak lama sangat.

The train brought us alongside a river yang super duper crystal clear and it’s kinda green turquoise-ish in colour. Cantikk yang amat! Kalau jalan kaki macam dekat Lake district sure dah berhenti tangkap gambaq photoshoot bagai berlatar belakangkan gunung ganang. Sampai di Lauterbrunnen, transit terus ke Murren. Train semua kitorang guna Swiss Pass except from Murren to Schiltorn kitorang beli tiket kt kaunter bayar CHF40. Ingatkan naik train to Murren sekali naik cable car already wohoo! On the way ke Murren dah start going up the Alps, semua dah pakat2 wah wah. Bawak keluar kamera siap2 sibok nak ambik gmbar. Orang lain rilek je. Besalah jakun jumpak snow. Kat Malaysia nak snow gi tengok ais kacang je la mampu.

So, we have arrived at perkampungan Murren! Keluar2 je station tu……hergh!! Snow! I mean, snow depan mata!! Carefully we stepped on the snow herghh! Haha jakun gillewrz. Perkampungan Alps situ cantikkkk. Time tu pagi, so the snow was still white suci dan murni. Sebelah tu ada guuunuuung yang tinggiii ya Rabbi dan bersalji juga. Cantik sangat kampong tu. I wish I could have a house there that I can stay whenever I want and wake up to the Alps view every morning. Haih! Kat syurga ja la mampu mintak. Cewwah pandai ckp syurga tpi ibadat kelaut jugak.

Dah habis tangkap gmbar dekat kampong Murren tu, kitorang naik cable car again to go up the Piz Gloria, Schilthorn. On the way naik tu macam tadi, breathtaking view! Macam nak naik puncak gunung Everest. Haha over. Sampai Piz Gloria, the highest point of Schilthorn, we straight away head to the skyline view. The moment I saw the banjaran view, Tuhan….kunfayakun! Sungguh bagi Tuhan itu mudah! Betapa kecilnya kita sebagai hamba sedangkan Allah nak cipta segala benda hanya dengan berkata “jadilah”.

The highlight of my trip to Schilthorn on the second day was……Snowflakes! It was snowing up there!! Very tiny and soft tk macam kt bawah. Tapi kelebatan dia cukup untuk orang first time tengok jadi high macam aku! Lol over lagi sekali. Subhanallah ya Allah memang nikmat Tuhan sangat time tu dapat enjoy view yg cantik yang amat and tengok snow.

Then we head down tu Murren again. Buat photoshoot lagi sekali (time ni banyak gila gambar ambik) dekat perkampungan bahagian atas sikit, duduk atas snow sampai kebas bontot, basah segala seluar baru gerak balik hostel. Semua orang letih tapi puas hati sangattt bila dapat tengok ciptaan Tuhan yang menkjubkan tak terkata macam tu. Tidoq awai lepaih makan meggi.

Day 3

“The day has come for my dream to be heard!” haha hari yang paling ditunggu-tunggu because we are going to ski for the first time in our life. Abang caq yang di describe as small blondish hair datang pick up (amalina tak habes2 dok cuba ngorat mamat ni). He is very kind and comel la tpi. Sampai Interlaken Outdoor which is yang kitorang beli package ski tu from their website la, terus demonstrate pasal basic knowledge and put on boots and everything. Then we took bus to train station Winderwill and go to Grindelwald.

The frustrating part was when we were mistold to meet our instructor at Grunde when they actually has changed the plan without telling us! Ergh geram giler! Sampai dekat Grunde terus turun. Kak caq dari US tu tak mau turun sbb dia bukan tunggu instructor. Dah tak jumpa sapa2 terus kol Interlaken outdoor and tiba diorang cakap stay ja dalam train sampai Klein Scheidegg. Mula tu tak rasa nak marah sebab Nampak ada lagi satu train nak gi Klein Scheidegg tu tapi bila dah hang up je tepon terus train tu tutop pintu and gerak. Tengok next train sekali 55 minit lagi. Haish bengkak la hati time tu tros rasa nak mengamok. Buang masa about an hour dekat situ saja. Tapi redha la apa pon Tuhan tu sebaik perancang. So sambil tunggu kitorang gi ambek ayaq semayang dulu.

Bila train dah sampai, kami pon naik la. Sampai dekat Alpignen station, snow started falling down! Oh Tuhan! Snow kat luar train tu pastu ada pokok2 conifer ke orang panggil sangat la Narnia! Teros keluar henpon and camera macam jakun haha. Then bila dah sampai Kleine Scheidegg jumpa Instructor. His name is Paul. Baik orang nya and sangat penyabar.

Belajarlah kami main ski tu. Pergh susah gilewww. Watching Youtube video doesn’t help at all. Nasib baik Paul tu cikgu yang baik kalau tak aku mmg dah give up on the half way through sabab memang letih. Bila dah jatuh nak bangon tak boleh kena detach papan ski pastu pakai balik. Dok asyik ulang yang tu ja keja aku ni. Pastu bila dah slide down the slop kena naik balik which is sangat susah. Dah naik sikit dia slide down balik haish la. Nak slide kena berdiri position Jim the bear! Tapi aku still kerap gila jatuh haish. Mmg letih. Tapi apapon ilmu dapat pengalaman pon dapat and it was pretty fun still. Bersyukur sangat atas nikmat Tuhan. Tak pernah terpikir dalam hidup dapat ski dekat atas Swiss Alps. Ingat boleh tengok dalam drama ja. Alhamdulillah. Then bila dah habes dengan instructor kitorang gi makan and buat photoshoot and slide dua tiga kali pastu kitorang naik sebab snow lebat sangat! Memang sampai masuk mata.

Dah ambik wudhu and tangkap gambar kitorang tunggu train untuk turun. Last train 4.33pm. mmg ramai la time tu. Atas tu pon dah start gelap sbb nak maghrib kabus tebal. Ha lupa kitorang ski dekat tepi gunung yang sangat tinggi dan cantik tapi disebabkan kabus tebal kitorang tak nampak apa. Cuma kadang2 bila kabus tu berlalu pergi jap je nampak. Haih andai la dapat snap gmbar berlatar belakangkan gunung tu masyaAllah tkpe la. Dalam train balik Winderwill terserempak dengan pakcik Paul again. Say hi sembang sikit  then bye again time turun and kitorang pon gi pulangkan rental stuff tu and balik Youth Hostel dengan dihantar oleh abang blonde amalina LOL.

Day 4

So today I woke very very early you know. Pasaipa? Pasai ai tak simayang lagi astaghfirullah semalam balik ski punya letih teruis terbungkang ataih katil. Bangon pukui 5 mandi terus semayang. Then pukul 8.30am cmtu kitorang 4 orang gi breakfast dengan rilek dan bahagia. Dah pukui 10 kitorang check out. After that I thought I want to explore the east side of Interlaken towards Lake Brienz since the hosteller told us that it took only about 15 minutes to reach the lake. City macam dah lalu dengan van pick up semalam LOL kan. But then after about 15 mins walk macam tak boleh nak jumpa jalan tembus ke lake kitorang ambek keputusan utk naik bas ke city.

Mula tu x sure sgt nak turun ke mana. Bila bus stop dkt Interlaken West ada makcik local dok sembang sesama depa sebab kami kelihatan seperti tidak tahu ke mana mahu pergi.  Sekali Adah bukak mulut dan cakap kami nak p city, terus depa dok kalut ha “Here! Here! There! There (sambil tunjuk kea rah train station. Dia ingat kami nak ke train jugak kot sorang tu). Baguih la depa concern sunggoh. Pastu kami pon get off the bus cepat2 sbb nak jalan dah and melilau la kami dekat area city. Sekali jumpa kedai souvenir pakat2 la beli keychain dan sebagainya. Habih banyak masa dah tang tu kami pon gerak gi Interlaken Ost utk ke Lake Brienz.

Sampai dkt Lake Brienz, pergh…pemandangan situ cantikkkkkkk sangattttt. Air tasik tu hijau biru crystal clear dengan ada Alps with snow caps plus perkampungan di atas bukit series amazed. Kitorang lama dok buat photoshoot dekat tasik tu. Tak heran dah orang pandang pelik ka apa haha asalakn dapat gmbar cantik. Rumah2 kat situ pon mmg classic design dia. Macam2 design ada satu rumah macam x boleh sama dengan rumah hat lain. Decoration sempena christmast depa tu pon comel la I have to say. It’s very traditional deco dengan Elf, Santa panjat dinding bagai etc. Ada jugak rumah macam kat kampong2 malaysia. Berjalan la kitorang sepanjang tasik tut k jumpa2 jalan2 keluaq. Dah jumpa jalan keluaq kmi terpaksa patah balik utk selamat drpd segala kesesatan pulang ke Oberried Station.

Station tu series x dek orang sampaikan we doubt the train will stop at our station haha. Tapi amalina cek google ada train la of kos buat terok. Dah train nak sampai kami konpius plak train ni berhenti belah mana. Hampir2 nak lintas rail tu makcik staff situ jerit! “heyy jangan lintaih! Train nak mai!” dalam bahasa dia la of kos. Ok2 kena tunggu ja dekat situ. Berjaya naik dan pulang ke Interlaken Ost utk ambek bag dan gerak ke Zurich.

Sampai di Zurich malam dan hujan! Dah la kami sesat sat pastu dgn hujan, semua orang macam cepat la sampai hotel! Punya cari dan cari akhirnya kami berjaya sampai ke Swiss Star Apartment! Yang herannya kami dok pusinggg cari reception area tak dak! Yang ada sekadar sebuah kotak besi utk ambik dan pulangkan kunci. Haish la punya penat masuk booking code x boleh plak. Aku pi la masok bar kat sebelah tu nak tanya pasai x dak tempat len. Sekali sorang wanita gaya macam mak ayam kt sofa dok kelui aku suruh aku p kat dia. Ngeri la. Pastu tanya la dia. Aku mmg nak cepat2 blah dari tmpat syaitonnirojim tu ngeri aih. last2 bila kol baru dpt code yg sebenar dan dapatla kami kunci tu. Dah dpt bilik lampu plak rosak. Seb bek satu ja yang len boleh guna. Best part about the apartment ada senduk, periuk, camca, gelas kaki, microwave, stove pendek kata mmg lengkap! Aku pon masak la megi utk depa. Kami makan sambil tgok lemony snicket versi jermen ka france then tido.

Day 5

Hello last day! Awhhh sedih but in the same time seronok jugak nak balik uk. Kami memulakan perjalanan dengan singgah di pejabat post utk menghantar poskad ke Malaysia from Switzerland. Pastu terus gerak ke train station utk ke Zurich Zoo. Time nak beli tiket kami agak konpius tapi Tuhan hantaq seorang makcik utk membantu kami membeli tiket yg boleh cover pergi balik zoo dengan ke airport.   

Kami mula konpius kat tram stop mana kami patot tunggu. So bila dah jumpa tempat kami patot tunggu sempat la bergambaq. Time nak bergambaq tu ada la makcik yang nak lalu tapi dia tunggu siap senyum lagi tengok kami. Baguih sunggoh la penduduk2 dekat Switzerland ni. Maka naikilah kami Tram no.6 tu ke Zoo.

Masuk2 ja binatang first kami jumpa was peacock then PENGUIN!!! Arghhh  jerit sangat dapat tengok depa depan mataaaaaa. Comel sangattttttt. Ha gitu lama gila dok ambek gambaq depa kt ditu even depa tengah tidoq ja pon. Kemi meneruskan perjalanan dengan melihat binatang lain contohnya Snowy Owl!!! Depa tak dak leher! Ha comellll dengan Lesser Panda pon comelll. Dia punya ekoq macam Tam nyamanyasinya sikit haaa.

Pastu kami pi makan pasta berharga 13 France dan gi tengok Penguin Parade! Yang tu lagi la menjerit sakan tengok depa jalan keluar ramai2!! Pastu kami dok ikot pungqoq depaaaa! Ha pastu gi tengok binatang2 lain seperti gajah, seal dan gorilla dan sebagainya kami gerak balik ke Zurich HB to Zurich Airport.

Sampai kat airport banyak lagi masa semua pakat lapaq maka kami pejam mata ja bayaq nasi goring seafood thai pergh sedap gila dan mengenyangkan! Alhamdulillah atas segala nikmat! Then check in then naik flight to London Gatwick. Sebelom tu kami nak beli air mineral 6.90 France padahal kat luar 1.10France ja tk paham aku. Haish. Flight balik tu was bit scary sebab time nak take off dengan landing flight asyik bergoyang kiri kanan. Berzikir tak kira la dalam hati ni ingat Tuhan ja. Berdoa x berhenti mintak Allah lindung. Akhirnya kami selamat tiba di London then naik bas pulang ke Nottigham. Fuh! Memorable journey to my dream place!

Sekian